mengingati MATI
salam alayk…
di kesempatan ini,cek nk kongsi sesuatu dgn kwn2,sekadar untuk kita mengingati dan menginsafi diri kita yg sentiasa memerlukan petunjuk Allah dan keampunan dariNya..
BEGIN WITH THE END IN MIND…..~~~MATI~~~
bila ingatkan MATI ,
aku selalu tertanya-tanya apa jawapan kepada soalan:
APA SEBENARNYA YANG AKU CARI DALAM HIDUP INI???
ya, APA SEBENARNYA YANG AKU CARI DALAM HIDUP INI??
jawapannya terdapat di dalam surah Al-Baqarah:ayat 30 & surah Adz-dzaariyaat:ayat 56-58
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini"… Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?"… Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"…..(Surah Al-Baqarah:ayat 30)
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"…(Surah Adz-Dzaariyaat:56)
"Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan"… (Surah Adz-Dzaariyaat:57)
"Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan yang sangat kukuh"… (Surah Adz-Dzaariyaat:58)
dan…..
APA PULAK ERTINYA MENJADI SEORANG MUSLIM???
"kebanyakan orang menganut agama ISLAM kerana hobi atau kerana mereka dilahirkan oleh ibubapa muslim. pada hakikatnya, mereka tidak mengerti erti sebenar menjadi seorang Muslim…pengganbungan diri ke dalam ISLAM bukanlah sesuatu yang diwarisi juga bukan kerana hobi (bila senang dan lapang, baru terasa nak jadi Muslim).. menjadi seorang Muslim bererti menggabungkan diri ke dalam ISLAM, beriltizam dengan ISLAM dan menyesuaikan diri dengan ISLAM dalam semua ASPEK kehidupan…" (Fathi Yakan)
MASA MAKIN SINGKAT
MATI MAKIN DEKAT
JADILAH SEORANG…..
FULL-TIME MUSLIM
sebab…there’s no such thing as PART-TIME MUSLIM…
sama2lah kita renungkan dan menginsafi diri kita serta memohon keampunan dariNya sesungguhnya Allah sentiasa menerima taubat hambaNya….
ku akui kelemahan diri…ku insafi kekurangan ini…ku kesali kejahilan ini…terimalah taubatku waha Tuhan Yang Maha Pengampun…