aku di UPSI…
salam alayk…
jam laptop acer kak yah menunjukkan sudah pukul 1.11am…aku dan kak yah baru sahaja selesai menonton drama jepun sebanyak 7 siri dan hanya mengambil masa 15minit bagi setiap siri…pendek kan??hehe…lawak juga la siri tu…
hari ini,aku dan jijot pergi ke warta sebelum zohor..aku ingin mengambil gambar ucapan hari ibu yang telah siap dicuci oleh mija…aku hanya mencuci gambar tersebut dengan saiz 5R sahaja..kemudian,kami pergi membeli KFC-sedapnya hingga menjilat jari..wah lamanya tak makan KFC ni…aku dan jijot memesan 3 set nasi+ayam(2ketul)+air…untuk aku,jijot dan ana yang ditinggal di rumah disebabkan helmet tidak cukup..hehe..kemudian aku pergi mencari frame gambar berukuran 5R untuk ku masukkan gambar hari ibu tersebut..aku ingin hadiahkan pada mak ketika aku bertemu dengannya besok hari…
pada jam 3.30pm,aku meminta jijot menghantar aku ke LRT sg besi…terima kasih jijot!!!dan pada pukul 4.45pm aku sampai di puduraya…aku turun ke platform bawah untuk mendapatkan tiket ke tanjung malim..alangkah sedihnya kerana tiket pada pukul 5 sudah habis dijual…terpaksalah aku mengambil tiket pukul 6..haaa..di sinilah aku bertemu dengan kenalan baru..kebetulan dia pon ingin pergi ke tanjung malim dan ke UPSI juga seperti aku…dia mengajak aku naik bas bersamanya..kami membeli tiket bas di kaunter MARA LINER di tingkat atas..sejurus kemudian,disebabkan kami mempunyai masa lagi satu jam,aku dan su(nama kenalanku itu) pergi ke tingkat atas dan menuju ke surau…usai solat asar,aku dan su duduk menunggu di situ…hampir ke angka 6,kami turun ke platform bas yang bakal dinaiki..
tiba di stesen bas tg malim ketika azan maghrib berkumandang..aku menghantar sms kepada kak yah dengan menyatakan aku sudah sampai…kak yah datang lewat kerana dia solat maghrib terlebih dahulu…aku dan kak yah menghantar su ke kolej kediamannya iaitu KZ(kolej za’ba)…selamat tinggal su…sayonara..kemudian aku pulak yang terkejar2 ingin menunaikan solat maghrib..alhamdulillah sempat..
dalam pukul 11pm,aku dan kak yah keluar untuk makan..kawan2 serumahnya,kak mas,kak mad dan kak qis(ini jer yg aku kenai),sudah kekenyangan..hehe..kami makan di kedai berhampiran dengan rumah kak yah…sedapnya makan tomyam,kailan ikan masin dan telur dadar…
sebenarnya aku sangat keletihan dan mengantok,tapi disebabkan ada wireless kat sini,so aku ambil kesempatan untuk taip sesuatu di sini…besok aku akan bertemu dengan mak,abah,fariha dan adik..tak sabar rasanya hati aku kini…
p/s:doakan keselamatan aku,mak,abah,adik dan fariha yer ketika dalam perjalan pergi dan pulang dari pahang…doakan aku boleh memandu van dengan sempurna(sebab tak pernah bawak van lagi selama ni)….Ya Allah,Ya Rabbi…selamatkanlah hambaMu ini serta keluargaku semasa dalam perjalanan pergi dan pulang dari pahang..amin..amin..Ya Rabbal ‘Alamin…