baju kurung…
di pagi yg hening seawal jam 3.47am, kedengaran kicauan burung2 di luar tingkap bilikku…sungguh tenang dan nyaman…aku masih belum melelapkan mata seawal pagi ini…
alhamdulillah…aku baru siapkan technical paper…lega sedikit rasa di hati..selepas ini bolehla aku tumpukan pada projek aku..yang masih tertangguh…hurm..kicauan burung di luar sungguh menenangkan aku sekarang ini…tiba2 aku teringat akan kisahku dahulu..
rinduku pada baju kurung….
aku yang dahulunya gemar memakai baju kurung, tidak lagi pada usiaku kini..aku juga terpikir kenapa??mengapa??dan bagaimana semua ini terjadi??ya…dahulunya ke mana sahaja aku akan berbaju kurung..walaupun ingin keluar ke pasaraya yang berdekatan dengan rumah…tp sekarang saya akan sarungkan seluar dan juga t-shirt..erm..
rinduku pada baju kurung…
ya,aku teringat kembali bagaimana aku terus memakai seluar…ketika aku hendak mengambil lesen motosikal seawal aku melangkahkan kaki ke tingkatan 4…selepas aku layak untuk mendapatkan lesen motosikal seawal bulan april,abah menyuruh aku pergi ke kursus memandu…sejak dari situlah aku mula memakai seluar..aku teringat akan perbualan aku dengan kakakku aziah..
kak yah : ing,xkan ang nk bawak moto besok pakai baju kurung kot?
ing : ya la kak yah..camana ni??dah la xdak seluar nk pakai…
ya sejak dari itulah aku tinggalkan baju kurung..bukan tinggalkan terus tapi aku tidak lagi memakainya seperti dahulu..ke mana sahaja berbaju kurung..tetapi aku senang berseluar kerana aku menunggang motosikal..sampai sekarang aku lebih selesa berseluar ketika menunggang motosikal…dan ketika keluar walaupun tidak menunggang,aku akan memakai seluar…tapi pada waktu ini aku rindukan baju kurung…
off~ aku yang rindukan baju kurung…