istiqomah…jom sama2

January 19, 2008

PENGERTIAN ISTIQAMAH…

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:

1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
Istiqamah menjadi tuntutan agama.

Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .

(Surah Fusilat Ayat ‘ 6)
Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)……

Istqamah dalam perjuangan
Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.

Firman Allah Taala:
(Surah Yusof ‘ Ayat 87)
Ertinya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

 



Ada nak bagi komen?(0)

cerita seorg gadis ayu…(kisahbenar)

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat tu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah- dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang- undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang- undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir ‘MANAR ISLAM’

~smoga kita semua berada di bawah naungan Allah Yang Maha Kuasa…moga2 dijauhi dr perkara spt ini~



Terima Kasih untuk komen anda (2)

Tika Dinihari

Album : Devotees
Munsyid : Devotees

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

luv dis song…by devotees..

Ya Allah,give us forgiveness…blessing us..

amin Ya Rabb…



Ada nak bagi komen?(0)

hari yg memenatkan…

salam…hari ni 5/1/2008… aku,ana,jijot,mija n nurul…kami berlima pegi MID VALLEY…tmpt shopping yg paling famous kt kl nie…sem lepas lgsg aku xp..kira lama gak la aku x jejakkan kaki ke c2…hari ni kan weekend,actually tujuan aku kua ni sebenaqnya nk jmp kakak aku…dia mai dr sarawak..dia yg plan ajak aku jalan2..tp Allah x izinkan kami berjmpa..adik aku pon sama..dia mai dr UMP pahang…phew ~_~ sedih gak ler…

tp cz mber2 aku ni kuat bejalan,aku pon apalagi bejalan la satu mid valley tue..Ya Allah,ramainya manusia kt c2…pening kepala aku…muda mudi d sana sini…maklumlah weekend,xdak wat pape kat hostel,suma kua la..hihihi…pas round kat mid tue,kami saja2 p jln kat shopping complex yg br bukak dkt mid tue..THE GARDEN…alamak bosannya,huhuhu…igt nk solat kt c2 tp xdak surau rsnya..sedih tol..kami pon p balik ke mid…org ramai berduyun2 lagi mai…oh tidak,aku dh lapaq..kami p solat dulu..p surau kt bwh,fuhh kena beratur.ramai sgt org nya…Alhamdulillah,suma masih igt Allah… ^_^ then,kami p la surau kat jusco pon ramai..tp kena gak la tunaikn ibadah kpd Maha Esa nie..tgu turn msing2 ler..huhuu..tp yg sedihnya,surau tu teramatlah kecik..smpai bila surau tu kecik cm2??sedihnya pihak c2 xdpt sediakn surau yg besaq…utk kesenangan muslimin & muslimat…tol x??hurm…

pas solat tue lega la sket…p mkn KFC..yummy,lamanya xmkn..hukhuk~ ramai gila org kt c2..perot tgh lapaq aku mkn tnpa kira org sekeliling..hihi..haaaa,aku jmpa azza(nazarina) mber skola aku…hihi xsangka lak jmpa kt cini…

dh ptg tu,aku dh xlarat nk jln lg…ye la lama x jln lama2 cmni..msuk satu kedai ke satu kedai,aku akn carik seat..hihihii ntah pape kan..lenguh abes kaki ni..dh setle beli brg,kami p solat kat komuter,lega xdak org…tp Ya Allah,nk tgu komuter tue,punya la lama…org plak fuhh ramai nk mampos…ramai sgt3..xtaw nk ckp ape..mmg ramailaa..1st komuter kami xdpt naik,second br dpt..pas masuk dlm tu,mmg kene tolak abes..tkt aku ngn suasana tue..cm kena perang..haha =P

tp dh lega,wpon penat tp sronok gak ler..dpt jalan2 ngn mber..thanx u all ^_^ n lg satu dpt tgk pelbagai ragam manusia…hihihi..mcm2 ragam ada…okla,aku dh makin penat..nk rehatla dulu…sok nk p jmpa kakak pulak…tata u all…

salam… ^_^



Terima Kasih untuk komen anda (6)

Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here



|| ALL ABOUT ME ||

i am a 23 years old girl
i'm from Merbok,Kedah
now i'm in KL,stayed wif my sis at BTS becoz i'm working here..
i was born on 24 March 1986 at Perak..
dat's all bout me..anything just comment me here or email me..

inn243@yahoo.com
inn243@gmail.com


|| THE TIME ||




|| COUNT THEM ||

www.free-website-hit-counters.com
hit counter code



|| THE OTHERS ||

++ favOuritEs ++

u.n.i.t.e.n

saifulislam

i-luv-islam

h@l@q@h

friendster

an-nawawi


++ my friEnds ++

yangito

syida

nughul

nissa

mieja

ima

fazlin

fauzzury

fairuzniza

eiyla

azirah

ana



|| WRITES ||

  • December 2009
  • November 2009
  • August 2009
  • February 2009
  • December 2008
  • October 2008
  • September 2008
  • August 2008
  • July 2008
  • June 2008
  • May 2008
  • April 2008
  • March 2008
  • February 2008
  • January 2008
  • December 2007



  • || POSTO ||

    hari menjadi...

    hari goyang kaki...

    i wanna write...

    balik kampung....

    mengantok...

    lalalala.... (^-^)

    mamak food...huhu

    2nd day

    1st day...





    || WHAT DAY IS TODAY ||

    January 2008
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  



    || GIMME YOUR EARS ||




    || POT PET ||




    || LOGIN ||

    login