Lelaki Acuan Al-Quran

January 26, 2008

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah


Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti
Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran

Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh
Yang Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah

Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan
KeluargaYang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak
Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah
Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran
Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran

Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran

Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah

Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Ada nak bagi komen?(0)

petua untuk cantik…

Anda ingin lebih cantik dan menarik

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata"anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedakilah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Di mana cantiknya seorang muslimah? Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Sama-samalah kita hayati, dan memperbaiki diri kita… .

Ada nak bagi komen?(0)

WANITA ITU CANTIK

Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan”.

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”

Setiap Wanita itu Cantik…

~sayangi diri,kasihi diri,kerana dirimu begitu berharga~

Ada nak bagi komen?(0)

AGM SRM 2008

January 22, 2008

salam…22/1/08 malam ni adlh mlm utk AGM(annual general meeting) for SRM(sekretariat rakan muda) UNITEN…ini adlh last program bg aku yg dilantik sbg AJK program…yes..dis is the last programme for me in SRM… mlm ni dikatakan agak meriah gak ler…well biasala kalu ada geng2 aku kt c2..ahakksss tol x kwn2??hihihi…aku ditugaskan sbg ketua biro TTK..apalagi kene wat persiapan utk VIP2 makan..hihihi..ssh la nk layan org…lgpon aku tgh xlarat cz aku ngntok..haih~ aku xdok lam dewan pon..ye la kene jge mknan tkt ada org amek..ihihi..aku msuk time programme slides jer..gmbq aku xdak..huhu..aku rs ada kot sbb aku xtgk dr mula..uwaaaa T_T xsempat!!!

neway,thanx to all mbers in SRM UNITEN…byk ajaq aku cmana nk handle program,pegang jwtn itu ini…thanx a lot to all of you…really appreciate it!!!enjoy a lot in dis club u noe!!! tp skrg aku dh x pgg pape jwtn lg lam SRM ni..to all new committee,all da best to u!!!wat yg terbaik yer utk kelab nie..cayok3 ^_^

 

Terima Kasih untuk komen anda (2)

baca tau…..CERITA UNTUK SUAMI / BAPA / LELAKI

January 21, 2008

Mat…mat…. Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga. Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah" Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat.

Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Kemudian……. kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah.

Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang ma! sih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur……. tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja" Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali…." Whatttt???… 9 bulan 10 ari??? ….Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak nak,,,,,,,,,,tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!!!

~~~~~ "Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??" Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan.. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni….." Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk ! membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya………

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

dipetik dr: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=790.0

Ada nak bagi komen?(0)

istiqomah…jom sama2

January 19, 2008

PENGERTIAN ISTIQAMAH…

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:

1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
Istiqamah menjadi tuntutan agama.

Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .

(Surah Fusilat Ayat ‘ 6)
Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)……

Istqamah dalam perjuangan
Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.

Firman Allah Taala:
(Surah Yusof ‘ Ayat 87)
Ertinya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

 

Ada nak bagi komen?(0)

cerita seorg gadis ayu…(kisahbenar)

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat tu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah- dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang- undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang- undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir ‘MANAR ISLAM’

~smoga kita semua berada di bawah naungan Allah Yang Maha Kuasa…moga2 dijauhi dr perkara spt ini~

Terima Kasih untuk komen anda (2)

Tika Dinihari

Album : Devotees
Munsyid : Devotees

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

luv dis song…by devotees..

Ya Allah,give us forgiveness…blessing us..

amin Ya Rabb…

Ada nak bagi komen?(0)

hari yg memenatkan…

salam…hari ni 5/1/2008… aku,ana,jijot,mija n nurul…kami berlima pegi MID VALLEY…tmpt shopping yg paling famous kt kl nie…sem lepas lgsg aku xp..kira lama gak la aku x jejakkan kaki ke c2…hari ni kan weekend,actually tujuan aku kua ni sebenaqnya nk jmp kakak aku…dia mai dr sarawak..dia yg plan ajak aku jalan2..tp Allah x izinkan kami berjmpa..adik aku pon sama..dia mai dr UMP pahang…phew ~_~ sedih gak ler…

tp cz mber2 aku ni kuat bejalan,aku pon apalagi bejalan la satu mid valley tue..Ya Allah,ramainya manusia kt c2…pening kepala aku…muda mudi d sana sini…maklumlah weekend,xdak wat pape kat hostel,suma kua la..hihihi…pas round kat mid tue,kami saja2 p jln kat shopping complex yg br bukak dkt mid tue..THE GARDEN…alamak bosannya,huhuhu…igt nk solat kt c2 tp xdak surau rsnya..sedih tol..kami pon p balik ke mid…org ramai berduyun2 lagi mai…oh tidak,aku dh lapaq..kami p solat dulu..p surau kt bwh,fuhh kena beratur.ramai sgt org nya…Alhamdulillah,suma masih igt Allah… ^_^ then,kami p la surau kat jusco pon ramai..tp kena gak la tunaikn ibadah kpd Maha Esa nie..tgu turn msing2 ler..huhuu..tp yg sedihnya,surau tu teramatlah kecik..smpai bila surau tu kecik cm2??sedihnya pihak c2 xdpt sediakn surau yg besaq…utk kesenangan muslimin & muslimat…tol x??hurm…

pas solat tue lega la sket…p mkn KFC..yummy,lamanya xmkn..hukhuk~ ramai gila org kt c2..perot tgh lapaq aku mkn tnpa kira org sekeliling..hihi..haaaa,aku jmpa azza(nazarina) mber skola aku…hihi xsangka lak jmpa kt cini…

dh ptg tu,aku dh xlarat nk jln lg…ye la lama x jln lama2 cmni..msuk satu kedai ke satu kedai,aku akn carik seat..hihihii ntah pape kan..lenguh abes kaki ni..dh setle beli brg,kami p solat kat komuter,lega xdak org…tp Ya Allah,nk tgu komuter tue,punya la lama…org plak fuhh ramai nk mampos…ramai sgt3..xtaw nk ckp ape..mmg ramailaa..1st komuter kami xdpt naik,second br dpt..pas masuk dlm tu,mmg kene tolak abes..tkt aku ngn suasana tue..cm kena perang..haha =P

tp dh lega,wpon penat tp sronok gak ler..dpt jalan2 ngn mber..thanx u all ^_^ n lg satu dpt tgk pelbagai ragam manusia…hihihi..mcm2 ragam ada…okla,aku dh makin penat..nk rehatla dulu…sok nk p jmpa kakak pulak…tata u all…

salam… ^_^

Terima Kasih untuk komen anda (6)

ummi ya ummi…

January 17, 2008

Ummi yaa lahnan a’syaqohu

wanasyidan dauman ansyuduhu

Fikulli makanin adzkuruhu

wa-azhollu azhollu uroddiduhu

 

Ummi yaa ruuhi wa-hayati

yaa bahjata nafsi wamunaati

Unsi filhadhiri wal-ati… 2x

 

Allohu ta’aala aushoni

fissirri walau fil i’laani

Bilbirri laki wal-ihsaani… 2x

 

Ismuki manquusyun fi qolbi

Hubbuki yahdini fi darbi

wadu’a-i yahfazhuki robbiy… 2x

 

*love my mak very2 much…mak,windu mak laaa…*

Ada nak bagi komen?(0)

Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here

  • ~diRiKu~:
    • Nur Ain Sha'ari
  • ~linKs~:
      !! favOuritEs liNks !!
    • u.n.i.t.e.n
    • saifulislam
    • i-luv-islam
    • h@l@q@h
    • friendster
    • an-nawawi

    • !! my friEnds !!
    • yangito
    • syida
    • nughul
    • nissa
    • mieja
    • ima
    • fazlin
    • fauzzury
    • fairuzniza
    • eiyla
    • azirah
    • ana
  • ~aRchiEvEs~:
    • November 2009
    • August 2009
    • February 2009
    • December 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • May 2008
    • April 2008
    • March 2008
    • February 2008
    • January 2008
    • December 2007
  • ~pOstO~:
    • hari menjaga iqbal
    • bosan...
    • i'm back...
    • salam
    • mengingati MATI
    • training
    • gembira @ sedih?
    • alahamdulillah...
    • hadoiyaaa....
    • penantianku bakal...
  • ~lOgin~:
    • login
    • register
  • ~visitOrs~:
    www.free-website-hit-counters.com
    hit counter code
  • ~CalEndaR~:
      January 2008
      M T W T F S S
      « Dec   Feb »
       123456
      78910111213
      14151617181920
      21222324252627
      28293031  
  • ~timE nOw~:
  • ~music~:
  • ~chit-chat~:

      Free chat widget @ ShoutMix